Sunday, October 3, 2010

Arghh My Fulus!!





Selamat Malam kepada para pembaca, aku arini dengan bangganya membeli external hardisk baru T_T yang abis duit belanja aku bulan ni (xmahal mana pun,he3) Aku beli dengan harga RM169 kat Digital Mall, Rujuk gambar kat atas nun....

p/s: Aku beli external hardisk sebab nak simpan anime aku yang berlambak kat laptop

Thursday, September 23, 2010

Kalau Bosan Ape Korang Buat?




Lepas raya ni tiba2 je kebosanan melanda,tak tahu la pasai apa (pasai poket kering kot). nak men fb pun bosan,keje pun bosan, akhirnya aku dah terbiasa dengan kebosanan ni,lepas tu aku wat study kes mengenai bosan ni (dahsyat la,dah macam U nak wat tesis-mesis),mengikut kajian scientific american, bosan yang berlebihan menyebabkan depression, dan mengikut kajian beliau kebosanan yang melampau itu boleh menjadi penyebab utama penyakit jantung. Apabila seseorang itu bosan, hormon yang berbahaya akan keluar dan menyebabkan stress kepada jantung. Huh dan aku tak nak huraikan lagi sebab korang leh cari sendiri kan, aku pun tak suke sangat tengok mende camni takut jumpa benda yang tak sepatutnya LOL. Oleh itu kalau korang bosan (aku ke yg sbnarnya bosan :), pi la bersukan ke, library ke, ada gak aktiviti berfaedah ^_^.

p/s: arghh kebosananku sukar untuk diubati, pi mkn nasi kandar jap gi pun sodap,hu2.



Friday, September 17, 2010

Minta Bantuan

Aku nak buka satu video citer ni, tapi dia keluar ayat gini pulak. (aplikasi storm codec)




Jadi sesiapa yang pernah berjaya menyelesaikan masalah ini, please help me!!!
p/s: tiada ganjaran untuk post ini,hu3.

Saturday, September 11, 2010

Aktiviti Malam Raya





Gambar di atas tempat di mana kami tengok wayang (tapi kitorang tengok wayang malam, gambar ini diciplak dari encik google)

Pertama sekali selamat hari raya diucapkan kepada umat yang beragama islam, setelah sebulan menahan lapar dan dahaga di bulan ramadan akhirnya kita menyambut hari lebaran yang mulia, entri kali ni aku nak share pasal aktiviti raya pertama aku di kampung,malam tadi beberapa orang sepupu aku pada mulanya nak ajak aku pi karaoke, kitorang pun pi la bandar, sampai kat sana semua pusat karaoke full house, kalau nak nyanyi gak terpaksalah tunggu pukul 12 malam T_T (Ramai orang suka karaoke malam raya ke?). Akhirnya kitorang pun tukar la plan tengok wayang, citer Resident Evil yang baru tuh, dah la duduk seat dua baris dari depan (malang dapat balance2 seat je,uhuk2), sakit kepala aku mendongak kat panggung tu. P/S: Citer resident evil tuh suke sangat wat suspens, tak sesuai untuk orang yang lemah jantung (tak macam tengok citer aksi,asyik menyergah orang kat panggung, dah tiru stail citer seram kot)



Friday, September 10, 2010

Best Ke Movie The King Of Fighters?

Semalam aku dan kawan-kawan pergi ke bp mall,nak shopping last minit sebelum raya la katakan,sambil shopping tu kitorang singgah la survey pawagam kat tingkat atas nun, kot-kot ada citer best, sekali dengan tak semena-mena kawan aku beli la tiket wayang yang bertajuk King Of Fighters (nampak macam best je tapi macam ........)
Ok, aku bagitahu apa yang tak best tentang filem ni.
1. Kyo kusanagi dilakonkan oleh orang putih (WTH)
2. Baju Terry Bogard macam life-jacket (jimat kos kot :)
3. Apa kejadahnya kyo lawan rugal guna pedang? bukan dia ada kuasa tangan berapi ke?
4. Pembebelan yang panjang sehingga aku menguap dalam panggung berkali-kali.
5. Apsal baju mai shiranui yang dilakonkan maggie q warna biru, sedangkan kalau watak dalam game warna merah.
6. Dan banyak lagi ketidaksamaan sifat karakter KOF versi live action dengan original




Lihat gambar : adakah pelakon di atas sesuai melakonkan watak Terry? LOL

So,aku leh katakan citer ini akan menghampakan peminat-peminat KOF sebab jalan citernya amat terpesong dari cerita dalam komik ataupun anime. Aku bagi 1 bintang je T_T



Thursday, September 9, 2010

First Entri




First entri untuk blog aku, pada mulanya aku suka-suka je nak edit widget ke, adjust blog kasi cantik ke, hape ke, tapi kalau dibiarkan kosong baik aku post ja kan3. Kenapa aku memilih untuk berblogging? Sebab utama aku berblogging sebab tengok member2 aku pun ada blog,jadi sebab tak nak kalah punya pasal, aku pun buat blog la jugak (ayat macam jeles :), mana la tahu dapat kenalan baru ye tak, disamping boleh la sharing idea korang yang bernas tu ^_^ bak kata orang putih : sharing is caring. Tapi bukan senang nak cari idea, kadang-kadang sampai tak terupdate blog bila idea dah blank (aku ade follow satu blog tu,mula-mula rajin la dia update,masuk bulan seterusnya dah slow a.k.a senyap,aku harap leh terus berblogging tanpa jemu,hu2). Oleh itu sokonglah blog aku yang simple ni, kalau rajin jadi la member aku ( u follow me and i follow u gitu,hu3)